Projek AWAL Ternakan Lintah


Aku tergerak untuk melabur dalam industri lintah ini sebab ianya unik dan suatu “menda baru” dalam dunia penternakan di Malaysia. Bulan Jun 2008 aku mulakan projek ini dengan bantuan “investor” aku sebanyak RM 5 k. Nak pendek kan cerita tempat yang aku buat ni pun atas tanah pajak sahabat aku tadi. Luasnya dalam se ekar dan rupa2nya beliau sudah tiga bulan awal membuat projek lintah ini dan kehadiran aku di peringkat permulaan pada detik tersebut hanyalah sebagai “Rakan Labur-Usahasama” secara lisan. Hanya aku, dia dan Allah sahaja saksi dalam perjanjian kami.

So jadi, dengan modal awal RM 5,000-00 tadi dapatlah aku menyediakan satu kolam konkrit 20 x 30 kaki, 1,500 campuran benih lintah dan 100 kg belut sebagai makanan lintah selama 6 bulan sahaja. Di samping tu aku kena ler jugak sediakan peralatan2 dan kelengkapan2 yang diperlukan dalam industri ini. Bermulanya di sini lah hidup aku sebagai Pengusaha Lintah & Belut.