Salam Perkenalan

Selamat datang ke “kebun maya” aku yang tak seberapa ni. Di sini aku nak “berkongsi” pengalaman dan “mempromosi” produk aku dalam industri pernternakan dan pertanian. Aku dah bekerja sendiri sejak 5 tahun dan dah buat macam2 meniaga secara “trading”, produk2 MLM, dll... tapi kat dalam “kebun maya” aku ni, aku nak cerita tentang Projek Penternakan Lintah & Belut bersama sahabat aku, seorang Pejuang Negara.

Kami berdua sudah berkeluarga cuma bezanya aku bekerja sendiri TAPI sahabat aku ni masih terikat makan gaji lagi. Aku tak pergi mana2 kursus lintah pun TAPI sahabat aku ni sudah menjalani Kursus Ternakan Lintah pada tahun 2007 bersama Art Soulist, salah sebuah syarikat yang mendominasi industri ini.

Jadi jadual masa kami amat berbeza mengikut keadaan. Justeru itu kami sepakat untuk menganggap projek ni sebagai “satu hobi” yang berbaloi jika berhasil di samping “sendiri turun padang” dalam menjalankan kaji-selidik tentang setiap aspek kehidupan makluk Allah yang bernama Lintah & Belut