Dilemma Pengusaha2 Masakini




Kebanyakkan perubahan2 infrastruktur yang kami buat di kolam2 kami adalah berdasarkan komen2 dan cerita2 pengusaha2 lain yang lebih “otai” dari kami serta perkongsian pengalaman dengan mereka2 semua. Rupa2nya banyak lagi aspek2 yang perlu dikaji secara terperinci dan TIDAK BOLEH berdasarkan teori sahaja dari mana2 anjuran Kursus Ternakan Lintah yang ada di Malaysia ini. Bak kata orang “dah turun padang, barulah tahu masalah2 nya”…

Buat masa sekarang ramai pengusaha2 di peringkat awal melahirkan rasa kurang puashati dengan hasil ternakan mereka. Selepas 6 bulan beroperasi, hasil yang diperolehi seperti tidak mengikut jangkaan pengeluaran seperti mana dalam kursus2 yang mereka telah jalani. Di antara persoalan2 mereka;

“ dimanakah logiknya jika 2kg induk lintah dimasukkan pada peringkat awal boleh menjadi 100kg dalam jangkamasa 6 bulan kemudian?”

Tapi perlu diingatkan Pengendali2 Kursus kata “seekor lintah boleh bertelur antara 200-300 bijissssss…” banyak tu! Ye ke? Macam tu lepas 3 bulan dah tak boleh pakai belut bagi makan, dah kena pakai ayam atau kambing…kekeke

Antara lain:-

“ bagaimanakah kanvas yang dijangka boleh bertahan 5-7 tahun mudah koyak selepas 1-2 tahun sahaja digunakan”

PENYEBAB
kepada hasil kuantiti pembiakkan lintah yang mungkin hilang atau meresap ke tanah”

“ mengapa harga “contract-farming” terlalu rendah dari Pengendali2 Kursus sehingga ramai pengusaha2 menanggung kerugian”

PENYEBAB
kepada hasil pengeluaran yang tidak setimpal dengan apa yang mereka usahakan walaupun mengikut tatacara & teknik kerja dari kursus2 anjuran Pengendali2 Kursus?

“ mengapa terjadinya perbezaan pasaran harga yang tidak stabil contohnya ada yang berjual-beli pakai “kilogram” TETAPI ada juga yang membeli-jual pakai “ekor”

PENYEBAB
kepada yang”yang ada banyak stok” boleh kawal harga pasaran dan “yang baru nak mula” menjadi mangsa – ini aku yang kata, engkorang jangan mudah percaya. Lu orang boleh fikir sendiri…