Industri Ternakan Haiwan Eksotik (lintah) ini adalah masih di peringkat terlalu awal dan masih memerlukan banyak lagi hasil2 kajian terutamanya dalam aspek2 pembiakan mengikut geografi,iklim dan atmosfera sesuatu tempat atau kawasan tersebut.
Kursus2 yang dianjurkan HANYAlah bagi membina rangkaian perniagaan di samping pengetahuan asas berhubung lintah yang mana BOLEH diperolehi dari dalam internet sahaja. Walaubagaimanapun, bantuan dari agensi2 kewangan mudah diperolehi bagi mereka2 yang memerlukan modal awal serta jaminan pasaran dan bantuan teknikal dari pihak Pengendali2 Kursus. Wahuallahu…
Jadi kami membuat kesimpulan, baik kita “sendiri buat kajian, sendiri jaga ternakan, sendiri bagi makan, sendiri kawal persekitaran & penyelenggaraan”. Bila dah berhasil “sendiri buat rangkaian dan sendiri cari pasaran”…. Tapi yang pasti selagi produk2 berasaskan lintah masih laris di pasaran, selagi itu insyaallah rezeki ada di mana2.
Apabila kami dah melaluinya sendiri nanti, DAN DAH TENTU ADA HASIL DAN BUKTINYA, maka kami akan menyediakan “program khas” bagi pengusaha2 yang berminat menyertai kami. Bukan mudah nak senang tapi kena bijak-usaha nak senang! Kursus kena ada sebab ilmu hasil kajian kena diperturunkan ke anak-cucu, cuma kena bayar yuran pengurusan sikit jer…
Kita jumpa lagi di lain posting berhubung status projek kami. Buat masa ini kami menjalankan kursus awal secara teori dan praktikal secara satu-sama-satu di kolam kami. Hubungi kami untuk maklumat lanjut. Terima Kasih.