Industri Ternakan Haiwan Eksotik (lintah) ini adalah masih di peringkat terlalu awal dan masih memerlukan banyak lagi hasil2 kajian terutamanya dalam aspek2 pembiakan mengikut geografi,iklim dan atmosfera sesuatu tempat atau kawasan tersebut.
Kursus2 yang dianjurkan HANYAlah bagi membina rangkaian perniagaan di samping pengetahuan asas berhubung lintah yang mana BOLEH diperolehi dari dalam internet sahaja. Walaubagaimanapun, bantuan dari agensi2 kewangan mudah diperolehi bagi mereka2 yang memerlukan modal awal serta jaminan pasaran dan bantuan teknikal dari pihak Pengendali2 Kursus. Wahuallahu…
Jadi kami membuat kesimpulan, baik kita “sendiri buat kajian, sendiri jaga ternakan, sendiri bagi makan, sendiri kawal persekitaran & penyelenggaraan”. Bila dah berhasil “sendiri buat rangkaian dan sendiri cari pasaran”…. Tapi yang pasti selagi produk2 berasaskan lintah masih laris di pasaran, selagi itu insyaallah rezeki ada di mana2.
Apabila kami dah melaluinya sendiri nanti, DAN DAH TENTU ADA HASIL DAN BUKTINYA, maka kami akan menyediakan “program khas” bagi pengusaha2 yang berminat menyertai kami. Bukan mudah nak senang tapi kena bijak-usaha nak senang! Kursus kena ada sebab ilmu hasil kajian kena diperturunkan ke anak-cucu, cuma kena bayar yuran pengurusan sikit jer…
Kita jumpa lagi di lain posting berhubung status projek kami. Buat masa ini kami menjalankan kursus awal secara teori dan praktikal secara satu-sama-satu di kolam kami. Hubungi kami untuk maklumat lanjut. Terima Kasih.
Dilemma Pengusaha2 Masakini
Kebanyakkan perubahan2 infrastruktur yang kami buat di kolam2 kami adalah berdasarkan komen2 dan cerita2 pengusaha2 lain yang lebih “otai” dari kami serta perkongsian pengalaman dengan mereka2 semua. Rupa2nya banyak lagi aspek2 yang perlu dikaji secara terperinci dan TIDAK BOLEH berdasarkan teori sahaja dari mana2 anjuran Kursus Ternakan Lintah yang ada di Malaysia ini. Bak kata orang “dah turun padang, barulah tahu masalah2 nya”…
Buat masa sekarang ramai pengusaha2 di peringkat awal melahirkan rasa kurang puashati dengan hasil ternakan mereka. Selepas 6 bulan beroperasi, hasil yang diperolehi seperti tidak mengikut jangkaan pengeluaran seperti mana dalam kursus2 yang mereka telah jalani. Di antara persoalan2 mereka;
“ dimanakah logiknya jika 2kg induk lintah dimasukkan pada peringkat awal boleh menjadi 100kg dalam jangkamasa 6 bulan kemudian?”
Tapi perlu diingatkan Pengendali2 Kursus kata “seekor lintah boleh bertelur antara 200-300 bijissssss…” banyak tu! Ye ke? Macam tu lepas 3 bulan dah tak boleh pakai belut bagi makan, dah kena pakai ayam atau kambing…kekeke
Antara lain:-
“ bagaimanakah kanvas yang dijangka boleh bertahan 5-7 tahun mudah koyak selepas 1-2 tahun sahaja digunakan”
PENYEBAB kepada hasil kuantiti pembiakkan lintah yang mungkin hilang atau meresap ke tanah”
“ mengapa harga “contract-farming” terlalu rendah dari Pengendali2 Kursus sehingga ramai pengusaha2 menanggung kerugian”
PENYEBAB kepada hasil pengeluaran yang tidak setimpal dengan apa yang mereka usahakan walaupun mengikut tatacara & teknik kerja dari kursus2 anjuran Pengendali2 Kursus?
“ mengapa terjadinya perbezaan pasaran harga yang tidak stabil contohnya ada yang berjual-beli pakai “kilogram” TETAPI ada juga yang membeli-jual pakai “ekor”
PENYEBAB kepada yang”yang ada banyak stok” boleh kawal harga pasaran dan “yang baru nak mula” menjadi mangsa – ini aku yang kata, engkorang jangan mudah percaya. Lu orang boleh fikir sendiri…

Projek Ternakan Lintah & Belut - FASA I
Selepas hampir 3 bulan memulakan operasi, banyak benda2 baru yang aku pelajari dan terpaksa mengkaji lagi untuk memaksimakan hasil ternakan. Kebanyakkan usaha peringkat awal banyak disasarkan kepada apa jua ilmu yang sahabat aku dapat semasa menjalani kursus bersama Art Soulist dan berpandukan “hukum akal” dan “hukum alam” aku sebagai usahawan kecil yang nak meneruskan hidup.
Kami banyak berbincang contohnya apabila dalam Kursus Art Soulist, kanvas diperlukan bagi setiap kolam tapi kami buat kolam konkrit sahaja dan selepas 2 bulan kami mengubah-suai kolam tersebut dengan membuat satu pulau daripada tanah di tengah2 kolam lintah kami. Ini bagi tujuan mewujudkan satu bentuk habitat asal lintah di samping memberi tumbuh2an dalam kolam menggunakan tanah untuk terus hidup di dalam air dan membekal cukup oksigen kepada kuantiti lintah yang banyak.
Kolam belut kami juga direkacipta khas bagi tujuan pembiakan dengan penggunaan batang pisang, tahi kambing dan beberapa lagi rencah2 rahsia. Ianya bukan sekadar pusat pemeliharaan sebagai makanan lintah sahaja.

Salam Perkenalan
Selamat datang ke “kebun maya” aku yang tak seberapa ni. Di sini aku nak “berkongsi” pengalaman dan “mempromosi” produk aku dalam industri pernternakan dan pertanian. Aku dah bekerja sendiri sejak 5 tahun dan dah buat macam2 meniaga secara “trading”, produk2 MLM, dll... tapi kat dalam “kebun maya” aku ni, aku nak cerita tentang Projek Penternakan Lintah & Belut bersama sahabat aku, seorang Pejuang Negara.
Kami berdua sudah berkeluarga cuma bezanya aku bekerja sendiri TAPI sahabat aku ni masih terikat makan gaji lagi. Aku tak pergi mana2 kursus lintah pun TAPI sahabat aku ni sudah menjalani Kursus Ternakan Lintah pada tahun 2007 bersama Art Soulist, salah sebuah syarikat yang mendominasi industri ini.
Jadi jadual masa kami amat berbeza mengikut keadaan. Justeru itu kami sepakat untuk menganggap projek ni sebagai “satu hobi” yang berbaloi jika berhasil di samping “sendiri turun padang” dalam menjalankan kaji-selidik tentang setiap aspek kehidupan makluk Allah yang bernama Lintah & Belut

Perniagaan Kami
Kami membekal benih lintah, induk lintah dan belut di samping hasil2 pertanian yang lain seperti pisang, cili api, sayur2an dan sebagainya. Harga benih lintah adalah di antara RM 0.60-1.00 (bergantung kepada kuantiti dan saiz) dan induk lintah sekitar RM 2.00-2.50 mengikut saiz dan usia. Belut pula di antara RM16-20 per kiligram bergantung harga pasaran semasa.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh, kami boleh dihubungi di talian 019-2597165 (Adnan) dan 017-2799631 (Harip). Atau email kami di usahawanagro@ymail.com. Terima Kasih
Projek AWAL Ternakan Lintah
Aku tergerak untuk melabur dalam industri lintah ini sebab ianya unik dan suatu “menda baru” dalam dunia penternakan di Malaysia. Bulan Jun 2008 aku mulakan projek ini dengan bantuan “investor” aku sebanyak RM 5 k. Nak pendek kan cerita tempat yang aku buat ni pun atas tanah pajak sahabat aku tadi. Luasnya dalam se ekar dan rupa2nya beliau sudah tiga bulan awal membuat projek lintah ini dan kehadiran aku di peringkat permulaan pada detik tersebut hanyalah sebagai “Rakan Labur-Usahasama” secara lisan. Hanya aku, dia dan Allah sahaja saksi dalam perjanjian kami.
So jadi, dengan modal awal RM 5,000-00 tadi dapatlah aku menyediakan satu kolam konkrit 20 x 30 kaki, 1,500 campuran benih lintah dan 100 kg belut sebagai makanan lintah selama 6 bulan sahaja. Di samping tu aku kena ler jugak sediakan peralatan2 dan kelengkapan2 yang diperlukan dalam industri ini. Bermulanya di sini lah hidup aku sebagai Pengusaha Lintah & Belut.

Subscribe to:
Comments (Atom)